Breaking

Sunday 12 July 2015

Resepi Biskut Raya Terkini- Resepi Biskut Mazola

Resepi Biskut Raya Terkini- Resepi Biskut Mazola antara biskut paling di gemari oleh rakyat Malaysia kerana rasanya yang sedap dan rangup. Pasti setiap musim perayaan hari raya anda tidak ketinggalan dengan resepi ini.

Jom kita mencubanya. Sila rujuk resepi Biskut Mazola seperti di bawah:

Antara Bahan-Bahan Biskut Mazola adalah :

• 1 cawan minyak mazola
• 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
• ½ cawan tepung jagung
• ¾ cawan gula halus
• 1 cawan kacang tumbuk
• 1 sudu teh essen vanilla
• (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.

Bahan-bahan Untuk hiasan 

• Kuning telur untuk hiasan
• Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara Resepi Biskut Mazola :

1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

Jom jangan ketingalan untuk mendapatkan 101 resepi kuih raya terbaik ini. Sila klik banner di bawah : 

No comments:

Post a Comment

New Offer