Resepi Biskut Raya Terkini- Resepi ALMOND LONDON kali ini mendapat sambutan setiap musim perayaan sama-ada hari raya atau hari raya korban. dengan rasanya yang sedap coklat dan berintikan badam ini memang paling cepat habis. So kene siap sedia lah buat banyak sikit untuk hari raya ini.
Berikut merupakan Resepi Almond London Coklat ini .:
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung naik sendiri
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.
Antara Cara-cara Resepi ALMOND LONDON ini adalah :
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.
Jom dapatkan resepi selebihnya di bawah. Klik banner di bawah :
No comments:
Post a Comment