Breaking

Sunday 12 July 2015

Resepi Biskut Raya Terkini-Biskut Tart Nenas



Kebiasannya kuih tart nenas ini sering mendapat perhatian setiap musim Perayaan Hari Raya  di Malaysia. Tahukah anda??

Fakta berkaitan kuih ini ?? Merujuk kepada wikipedia 

Kuih Tat Nanas merujuk kepada kuih Tat yang diperbuat daripada tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi kuih tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas. Sesetengah orang meletakkan tat nanas dalam kumpulan biskut (biskut raya) disebabkan penggunaan doh / tepung pada kulitnya. Contohnya, laman resipi Kuali (pautan di bawah) meletakkan resipinya dalam kumpulan biskut.

Berikut merupakan resepi Biskut Tart Nenas: 

Bahan-bahan :-
Doh Tart
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula

Jem nenas:
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Untuk Hiasan:
Kuning telur

Cara-cara buat Biskut Tart Nenas :-
Adunan doh:-
Pukul mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.

Jem nenas :-
Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.

Panaskan oven terlebih dahulu pada 150°C.
Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
Oles kuning telur pada bahagian atas tart.

Bakar selama 15 minit / sehingga masak.

Jika anda berminat untuk mendapatkan resepi terbaik dan dijamin puas hati anda boleh dapatkan melalui banner 101 resepi kuih raya ...

Klik banner di bawah .. 



No comments:

Post a Comment

New Offer