Breaking

Sunday 12 July 2015

Resepi Biskut Raya Terkini-Resepi Biskut Cornflakes Madu

Resepi Biskut Raya Terkini-Resepi Biskut Cornflakes Madu merupakan biskut yang sedap dan paling mudah untuk di sediakan. Pasti kanak-kanak mengemarkan biskut ini setiap musim perayaan hari raya. 

Dengan rasanya yang manis mempunyai peminatnya tersendiri. So boleh salin resepi di bawah untuk di cuba : 

Antara Bahan-bahan Resepi Biskut Cornflakes Madu adalah : ( 50-60 biji )

4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara membuat Resepi Biskut Cornflakes Madu adalah:

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Jom dapatkan 101 resepi kuih raya hari ini juga untuk mencuba pelbagai lagi resepi menarik kuh raya. Klik banner di bawah:

No comments:

Post a Comment

New Offer